GovernansMalaysiaPilihan Editor

Potensi Eksport RM2.44 Bilion Diraih Ketika Lawatan PM Ke China

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) memperoleh RM2.44 bilion potensi eksport membabitkan sembilan pengimport utama China.

Potensi jualan itu diperoleh ketika perbincangan meja bulat yang diadakan pada 1 April 2023 sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China, dari 29 Mac hingga 1 April 2023.

Antara produk yang diminati pengimport China termasuk minyak sawit dan produk berkaitan, sarang burung yang boleh dimakan, makanan dan minuman, durian serta produk besi.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, berkata MATRADE mengikuti trend penawaran dan permintaan terkini, memadankan pengimport China dengan pembekal Malaysia dengan segera.

Sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke China itu, MATRADE terbabit dalam menyelaraskan forum perniagaan dan perbincangan meja bulat bersama pengimport berprofil tinggi dan peneraju industri di negara itu.

Pada forum itu, sebanyak 19 memorandum persefahaman (MoU) telah bertukar dan disaksikan oleh Perdana Menteri, merangkumi kerjasama perdagangan dan pelaburan serta kerjasama pertukaran budaya.

China telah menjadi rakan kongsi dagang terbesar Malaysia selama 14 tahun berturut-turut, merangkumi 17.1 peratus bahagian daripada jumlah perdagangan Malaysia.

Pada 2022, China kekal sebagai destinasi eksport utama dan sumber import Malaysia, dengan eksport Malaysia ke China melepasi paras RM200 bilion buat pertama kali, berkembang sebanyak 9.4 peratus ke paras tertinggi sepanjang masa RM210.62 bilion, manakala import dari China meningkat sebanyak 20.7 peratus kepada RM276.5 bilion. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close