GovernansMalaysiaPilihan Editor

Wujudkan Pasukan Pemantau Teliti MoU – Kata Bekas Menteri Kewangan II

Pasukan pemantau menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri perlu ditubuhkan bagi meneliti perkembangan mengenai komitmen pelaburan yang diperoleh Malaysia.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia penting bagi memantau setiap perkembangan selaras dengan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dengan negara terbabit, sekali gus penyelesaian perlu dibuat segera daripada permasalahan yang berbangkit.

Jelasnya, tindakan tersebut supaya setiap pelaburan yang masuk ke Malaysia akan berjalan dengan lancar.

“Mana-mana MoU punya tahap ini, ia mesti ada pemantauan, memastikan MoU yang kita tandatangan ini mesti ada susulan sebab nak ketahui apa masalah berbangkit, yang berdepan dengan pelabur berpotensi ini, kita tidak boleh biarkan begitu sahaja.

“Mesti ada pasukan pemantau, ia boleh dipantau menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta laporkan dari semasa ke semasa, mengapa mereka jadi, mengapa mereka tak jadi, mengapa boleh tangguh, kena ada pemantauan,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China.

Ia hasil daripada 19 MoU yang dimeterai antara syarikat Malaysia dengan China dan pencapaian tersebut diumumkan di hadapan ribuan pelabur dan ahli perniagaan pada Forum Perniagaan Malaysia-China 2023, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, jelas Johari, setiap perkembangan itu perlulah dibawa ke Kabinet untuk dibentangkan bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit melibatkan agensi, mana-mana jabatan mahupun kementerian lain.

“Maka dekat situ kita akan selesaikan masalah sebab kalau dari segi ramai pelabur luar buka mata ini, buka mata sekejaplah, tetapi kalau tidak direalisasikan, selepas ini orang tidak akan percaya kita lagi,” ujarnya. – UTUSAN MALAYSIA ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close