Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Presiden Tokayev Desak Pembaharuan Dan Pertumbuhan Ekonomi Kazakhstan

Presiden Khazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev menggesa semua pegawai kerajaan perlu menjadi reformis dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat serta sosio-ekonomi di negara berkenaan, lapor akhbar Akorda.

Gesaan itu dilakukan ketika dalam mesyuarat yang dihadiri oleh Perdana Menteri Kazakhstan, Speaker Dewan Negara dan beberapa lagi pemimpin negara berkenaan.

Menurut Tokayev, tugas mereka adalah untuk meningkatkan pendapatan penduduk, mewujudkan persekitaran hidup yang selesa serta memastikan keselamatan dan meluaskan peluang untuk pembangunan rakyat secara menyeluruh.

Menurut beliau, transformasi yang dirancang itu hanya akan dilaksanakan ketika ekonomi pasaran negara itu dalam keadaan kukuh dan masa yang sama kerajaan perlu memberi tumpuan untuk memenuhi keperluan rakyat.

Jelas Tokayev, beliau menyatakan kebimbangan mengenai bagaimana mahu melipatgandakan halangan perdagangan dan ketidakpercayaan bersama yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Susulan rekod pertumbuhan pelaburan kepada AS$28 bilion (RM124.21 bilion) dalam dekad yang lalu, Tokayev bertegas untuk bekerja keras bagi menarik lebih banyak pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

“Adalah perlu untuk menempatkan pegawai pendakwa bagi setiap projek pelaburan yang penting.

“Ia sekali gus dapat meningkatkan kecekapan kerja bagi menarik pelaburan dan berfungsi sebagai jaminan keselamatan pelaburan oleh usahawan asing,” katanya.

Menurut Tokayev, keselamatan negara harus kritikal di tengah-tengah pergolakan global.

“Ia adalah perlu bagi mengukuhkan keupayaan pertahanan dan meningkatkan kuasa Kazakhstan dan seluruh rantau Asia Tengah di peringkat antarabangsa.

“Kita hidup dalam tempoh sejarah yang unik. Perubahan pesat berlaku bukan sahaja dalam sains dan teknologi tetapi juga dalam hubungan sosial,” katanya.

Tokayev menegaskan bahawa setiap rakyat Kazakhstan harus merasai kesan daripada pembaharuan yang akan dilakukan dan yang perlu dilaksanakan segera. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close