Duniaku TeknokratPilihan Editor

Nazir Razak Bersara Pengerusi Bank Pembangunan

Tan Sri Nazir Razak akan bersara dari jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) pada 22 April ini selepas dua tahun dilantik ke jawatan itu.

Nazir berkata, terima kasih diucapkan kepada kerajaan atas peluang untuk berkhidmat di BPMB selama dua tahun ini.

“Dalam tempoh ini, kami berjaya menyelesaikan penggabungan dengan Danajamin, memperkukuhkan pasukan pengurusan kami, memperbaiki operasi dan keseluruhan tadbir urus, yang mana hasilnya kini kumpulan BPMB yang lebih kukuh dan bersepadu.

“Kami juga telah melancarkan Agenda 2025 (rancangan transformasi tiga tahun) dan

Nazir, yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan kemudiannya Pengerusi CIMB Group, menyertai BPMB pada 2021 dengan matlamat untuk menyelia penggabungan yang dirancang antara institusi kewangan pembangunan (DFI) Malaysia.

“Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan BPMB untuk masa depan.

“BPMB mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan mempunyai potensi untuk memberi impak yang lebih besar atas pembangunan negara,” katanya.

Nazir berkata, selepas persaraan ini, masa beliau akan tertumpu kepada pelaburan ekuiti swasta ASEAN yang diusahakan dan juga peranan barunya sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan (Business Advisory Council) ASEAN Malaysia. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close