Indeks penanda aras Bursa Malaysia, FBM KLCI muncul indeks yang mencatat prestasi terbaik di ASEAN bagi separuh pertama 2020.
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata FBM KLCI hanya susut 5.5 peratus pada tempoh itu kepada 1,500.97.
“Berbanding Singapura yang indeksnya, FTSE Straits Times Index jatuh 19.6 peratus dan indeks Stock Exchange of Thailand turun 15.2 peratus dalam tempoh sama.
“FBM KLCI juga mengatasi indeks serantau sewaktu tempoh COVID-19,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada Invest Malaysia 2020 di sini, hari ini. – BERITA HARIAN