MalaysiaPilihan Editor

PRK DUN CHINI: Pengerusi Majlis Belia FELDA Kuantan Calon BN

Pengerusi Majlis Belia FELDA Wilayah Kuantan, Mohd Sharim Md Zain, 41, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, pada 4 Julai ini.

Pengumuman calon dibuat Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata, pemilihan Mohd Shahrim yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan dibuat selepas mendapatkan pandangan dan tinjauan pengundi di DUN yang majoriti pengundinya peneroka FELDA, penduduk kampung tradisi Melayu dan Orang Asli.

“Jumlah pengundi di DUN Chini ialah pengundi berumur 40 tahun ke bawah yang mewakili 56.7 peratus daripada keseluruhan pengundi dan kita turut mengambil kira perkara ini untuk memilih calon.

“Calon ini juga anak peneroka generasi kedua FELDA dan sudah tentu beliau mempunyai pengalaman luas dengan masyarakat tempatan.

“Kita yakin calon ini yang turut mendapat persetujuan daripada rakan parti dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN) mampu mempertahankan kerusi DUN ini pada PRK 4 Julai nanti,” katanya.

Turut hadir pada majlis pengumuman di Pejabat UMNO Pekan ialah Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak merangkap Pengarah Operasi PRK DUN Chini; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Naib Presiden MCA, Senator Datuk Ti Lian Ker dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar.

Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak (kiri) bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, yang juga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) dan calon BN bagi PRK DUN Chini, Mohd Sharim Md Zain (dua dari kanan) pada sidang media pada majlis pengumuman calon BN bagi PRK DUN Chini, di Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak (kiri) bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, yang juga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) dan calon BN bagi PRK DUN Chini, Mohd Sharim Md Zain (dua dari kanan) pada sidang media pada majlis pengumuman calon BN bagi PRK DUN Chini, di Pekan. – NSTP/Farizul Hafiz Awang

Sementara itu, Mohd Shahrim Md Zain menganggap pemilihannya adalah ketentuan Allah kerana beliau difahamkan ramai individu lain yang disebut-sebut untuk menjadi calon termasuk Ketua Pemuda UMNO Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib.

“Semua individu yang dicadangkan sebenarnya dilihat sangat baik dan layak menjadi calon untuk pilihan raya kecil ini.

“Namun, ini ketentuan Allah dan izinkan anak peneroka generasi kedua FELDA Chini 3 untuk menggalas tanggungjawab besar ini. “Saya akan cuba menunaikannya dengan penuh amanah dan berintegriti serta memastikan DUN Chini kekal sebagai kubu kuat BN,” katanya pada majlis pengumuman calon BN di Bangunan UMNO Pekan, di sini, hari ini.

PRK Chini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, beliau yang juga calon BN memenangi kerusi berkenaan dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).

PRK Chini adalah pilihan raya pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa bermula 18 Mac ekoran penularan pandemik COVID-19.

Semalam, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan tidak meletakkan calon pada PRK DUN Chini, 4 Julai ini bagi memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata keputusan itu untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada calon BN bagi mewakili Perikatan Nasional (PN).

“Seluruh jentera BERSATU akan digerakkan untuk memastikan kemenangan wakil PN,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 6 Jun lalu, Pakatan Harapan (PH) menyatakan tidak meletakkan calon berikutan kebimbangan terhadap aspek keselamatan pengundi, susulan penularan wabak COVID-19. – BERITA HARIAN ONLINE

Calon Barisan Nasional bagi PRK DUN Chini, Mohd Sharim Md Zain. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Calon Barisan Nasional bagi PRK DUN Chini, Mohd Sharim Md Zain. – NSTP/Farizul Hafiz Awang

PROFIL

MOHD SHARIM MD ZAIN

Tempat lahir: Alor Setar, Kedah

Umur: 41 Tahun

Pendidikan: SPM

Pekerjaan: Pengarah Urusan Akar Budi Sdn Bhd

Status: Berkahwin

Anak : 5 Orang

Kursus yang dihadiri:

• Kursus Kepimpinan Belia Berkaliber Peringkat Negeri Pahang,

• Kursus Pemantapan Akidah Felda Wilayah Kuantan,

• Kursus Asas Gerak Keusahawanan (MECD) Daerah Pekan

• Kursus Asas Biro Tatanegara

• Kursus Jurulatih Futsal Felda Wilayah Kuantan

• Kursus Pengurusan Organisasian Persatuan

• Kursus Kepimpinan Belia Peringkat Felda Wilayah Kuantan

PENCAPAIAN SOSIAL:

• Naib Johan Anugerah Belia Negara Kategori Pertubuhan Belia Terbilang

• Naib Johan Anugerah Belia FELDA Malaysia Kategori Persatuan Cemerlang

• Tokoh Kepimpinan Belia FELDA Wilayah Kuantan

• Johan Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Pahang

• Johan Anugerah Belia Negara Peringkat Daerah Pekan

PENGLIBATAN SOSIAL:

NAIB PRESIDEN Majlis Belia Negeri Pahang (2017-2020)

PENGERUSI Majlis Belia FELDA Malaysia ( MBFM ) Wilayah Kuantan (2010-2012) (2016-2020)

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Kebudayaan & Kesenian Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) (2012-2014) (2014-2017)

AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL FELDA NEGERI PAHANG YB. DATO ABU BAKAR BIN HJ. HARUN Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA Negeri Pahang (2014-2017)

Pengerusi Majlis Belia FELDA Negeri Pahang (2012-2014)

Ahli Lembaga Koperasi Majlis Belia Felda Malaysia Berhad (2012-2014) (2014-2017)

Penolong Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Chini N23 Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Chini (2017)

Pengerusi Kelab Komuniti Akar Budi DUN Chini Pekan (2014-2017)

Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) FELDA Chini 3 (2016-2020)

Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) FELDA Chini 3 (2010-2012) ( 2014-2016)

AJK UMNO Bahagian Pekan UMNO Bahagian Pekan (2018-2021)

Ketua Pemuda UMNO FELDA Chini 3 Berkat (2013-2021)

Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hadir pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional bagi PRK DUN Chini, di Bangunan U Bahagian Pekan. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hadir pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional bagi PRK DUN Chini, di Bangunan U Bahagian Pekan. – NSTP/Farizul Hafiz Awang

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close