MalaysiaPilihan Editor

PRK SLIM: Kemenangan DUN SLIM Akan Memaparkan Indikator Pada PRU-15 – Kata Pengerusi BN

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Kemenangan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menjadi indikator Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) !

Apa signifikannya kali ini apatah lagi dilaungkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada majlis pelancaran Jentera BN PRK Slim dan Penyerahan Bahagian Angkat di Dewan Felda Jaya, Trolak di sini, 9 Ogos 2020.

Laungan “PALUAN PERANG” kali ini nampak agak kelainan malahan semangat perjuangan semakin memuncak dalam kalangan jentera BN dan rakan politik sekutunya.

Panglima Perang BN termasuk Ketua Panglimanya yang juga Presiden UMNO turut menekankan betapa medan untuk mencari titik persamaan dan kesepakatan antara BN, PAS serta Bersatu.

Pemerhati politik turut berasakan bahang politik sebenarnya bukan semata-mata PRK Slim ini, tetapi berasakan PRU-15 semakin mendekati apatah lagi selewat-lewatnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pasti berlangsung pada September depan.

Di samping itu, pemerhati politik yang turut berada di majlis pelancaran Jentera BN PRK Slim turut selari dengan pandangan Ahmad Zahid bahawa kesepakatan BN menerusi UMNO bersama PAS dalam Muafakat Nasional terbukti menerusi beberapa PRK sebelum ini, manakala kerjasama dengan Bersatu sebagai gabungan dalam Perikatan Nasional telah diterjemahkan buat julung kalinya semasa PRK DUN Chini, bulan lalu.

Kerana atas landasan dan rekod cemerlang itu walaupun tidak perlu mendabik dada, namun menurut Pengerusi BN yang mengiyakan ada hikmahnya PRK kali ini ialah hendaklah ada usaha-usaha titik persamaan yang akan menjadi keutamaan atau kebersamaan untuk menentukan kerjasama selama ini.

Ahmad Zahid menyifatkan PRK Slim tidak boleh dilihat dalam skop yang kecil, sebaliknya sebarang keputusan pada PRK itu 29 Ogos ini akan menjadi petunjuk sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai peluang PRK Slim, beliau berkata, calon BN yang akan diumumkan pada 12 Ogos ini bakal mempertahankan kerusi DUN Slim dengan adanya sokongan daripada pengundi PAS dan Bersatu yang sebelum ini menyokong wakil parti masing-masing semasa PRU14.

“(DUN) Slim ada 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM), semasa PRU14, enam kita kalah kerana ketika itu pertandingan tiga penjuru menentang PAS dan Bersatu. Tapi dengan kerjasama sekarang, kita (yakin) bukan setakat menang (PRK) tapi akan rampas semula enam PDM yang kita kalah,” katanya.

PRK DUN Slim akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lepas yang semasa PRU14 menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan daripada jumlah itu 32 membentuk Perikatan Nasional terdiri daripada 25 BN yang kesemuanya UMNO, Bersatu (empat), PAS (tiga) manakala DAP (16), Amanah (lima), PKR (tiga), Bebas (dua) serta Gerakan (satu). – BACALAHMALAYSIA.MY

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close