MalaysiaPilihan Editor

Projek Rintis Sahabat Kafeteen Prihatin #HygieneKit Dirasmikan Pengerusi LPPKN

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Projek Rintis Sahabat Kafeteen Prihatin #HygieneKit hari ini (5 Sept 2021) telah dilancarkan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Pelancaran program berkenaan dijalankan di Lobi bangunan LPPKN.

Dalam majlis perasmian itu, Mohd Nizar menjelaskan bahawa objektif utama projek rintis ini adalah membantu golongan remaja perempuan yang memerlukan bantuan asas kebersihan diri akibat desakan pandemik COVID-19.

Di samping itu, kata beliau, program ini juga membantu golongan wanita terutamanya remaja perempuan kembali pulih dan sihat tubuh badan, fizikal dan mental, membantu setiap individu wanita mendapatkan maklumat kebersihan diri yang tepat serta sebagai keprihatinan dan sokongan moral kepada remaja dan wanita yang memerlukan.

Selain itu, menurut Mohd Nizar, setiap penerima akan ditawarkan mengikuti kelas berkaitan kesihatan wanita dan reproduktif secara dalam talian.

Ia dikendalikan oleh pasukan KafeTEEN LPPKN WPKL, pihak Kao (Malaysia) Sdn Bhd selaku penyumbang tuala wanita dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Setiap penerima remaja juga akan didaftarkan sebagai ahli baru Sahabat KafeTEEN bagi mendapat pengetahuan dan bimbingan mengenai amalan gaya hidup sihat.

Majlis pelancaran Projek Rintis Sahabat KafeTEEN Prihatin #HygieneKit turut dihadiri oleh Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, Dr Zuhrah Musa, Pengarah Negeri LPPKN WPKL, wakil JAWI, Kao (Malaysia) Sdn. Bhd, Kelab Sahabat Kafeteen Malaysia dan Family of Charity. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close