GovernansMalaysiaPilihan Editor

NADI Sebagai Pemangkin Pembentukan Komuniti Celik Maklumat dan Berdaya Saing

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) perlu dilihat sebagai pemangkin kepada pembentukan komuniti celik maklumat dan berdaya saing.

 

Perkara ini disuarakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas mendengar taklimat berhubung inisiatif NADI oleh Tuan Mohd Arif Adenan di Parlimen, baharu-baharu ini.

NADI merupakan salah satu inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, beliau melahirkan kepercayaan bahawa inisiatif seperti NADI perlu dilihat bukan sekadar sebagai kemudahan teknologi, malah pemangkin kepada pembentukan komuniti celik maklumat dan berdaya saing.

Dengan lebih 1,000 pusat NADI diwujudkan di seluruh negara, rakyat mempunyai peluang untuk menjadikan NADI sebagai saluran pembelajaran, bengkel komuniti, pemerkasaan belia dan penyebaran maklumat dasar awam yang mudah difahami selain menjadi ruang setempat yang boleh memperkukuh hubungan antara rakyat dan ahli Parlimen.

Inisiatif seperti ini, Johari menjelaskan apabila disokong oleh dasar yang menyeluruh dan kerjasama pelbagai pihak, ia boleh menjadi asas kepada masyarakat lebih peka, progresif dan terlibat aktif dalam proses pembangunan negara. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close