MalaysiaPilihan Editor

Pusat Tahanan Dan Pemulihan Khas Bagi LGBT Yang Berkelakuan Melampau – Tegas Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mencadangkan kerajaan mewujudkan pusat tahanan dan pemulihan khas bagi golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang berkelakuan melampau sehingga menganggu ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat, terutama di media sosial baharu.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata keperluan pusat tahanan dan pemulihan khas ada rasionalnya berikutan tindakan LGBT yang bertindak melampau dengan menghasut dan mencabar pihak berkuasa serta kes terkini usahawan kosmetik transgender yang menayangkan payu dara secara langsung di platform media sosial baharu serta melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap kanak-kanak lelaki di bawah umur adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Justeru, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara berterima kasih di atas keprihatinan rakyat Malaysia yang menegur golongan LGBT yang melampau ini serta penguatkuasaan tegas termasuk menahan golongan LGBT yang dikenal pasti oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Masyarakat tidak boleh membiarkan kebiadaban golongan LGBT ini yang begitu terbuka dan berleluasa.

Kata Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara secara bertegas mencadangkan keperluan mewujudkan satu pusat tahanan dan pemulihan khas LGBT bagi merawat dan membimbing golongan itu ke arah kebaikan kerohanian kesejahteraan rakyat.

“Saya percaya pihak PDRM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah mempunyai modul dan program bagi mendekati golongan LGBT supaya mereka tidak berasa terpinggir,” ujarnya lagi.

Malahan, Razali juga mengesyorkan pendidikan mengenai LGBT seharusnya dimulakan di peringkat sekolah supaya pelajar terdedah kepada gejala gaya hidup sedemikian, yang menjurus pada seks bebas, kerosakan institusi kekeluargaan serta masyarakat dan penyumbang kepada penularan jangkitan HIV.

“Guru kaunseling perlu memainkan peranan menyebarkan maklumat mengenai perkara itu dan bagaimana untuk mengelak atau menangani permasalahan terbabit,” kata beliau. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close