MalaysiaPilihan Editor

MENJELANG PRU15: ‘Sehari Dua Lagi Kita Muktamadkan Senarai Calon BN’ – Mahdzir

Senarai calon Barisan Nasional (BN) akan dimuktamad oleh ‘Top 5’ dalam tempoh sehari dua lagi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kepemimpinan tertinggi juga sudah menerima senarai nama calon daripada Pengerusi Perhubungan negeri.

“Setakat hari ini, ada yang sudah beri (senarai nama calon) tapi belum dimuktamadkan lagi, akan muktamad sehari dua ini.

“Kita akan memuktamadkan dalam beberapa masa lagi, ini kerana penamaan calon pada 5 November, jadi maknanya ada masa lagi untuk kita selesaikan.

Top Five UMNO merujuk kepada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Mahdzir. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close