Dimensi BisnesPilihan Editor

Grab Akan Perkenal GrabAcademy Bantu Peniaga

Gambar fail. - Foto: NSTP/GHAZALI KORI

Grab Holdings Inc (Grab) akan melancarkan pusat pembelajaran sehenti, GrabAcademy dalam aplikasi Grab Merchant di Asia Tenggara (SEA) secara berperingkat mulai bulan hadapan.

Ketua bahagian Produk dan Peniaga Grab, Shashank Kohli berkata pusat sehenti itu akan membantu mempertingkatkan perniagaan melalui latihan menyeluruh yang membolehkan peniaga mengembangkan perniagaan mereka dan mendapat manfaat terbaik daripada ciri-ciri terdapat dalam aplikasi berkenaan.

“Sistem dalam aplikasi itu dapat mengenal pasti dan memberi cadangan mengenai kandungan latihan yang relevan untuk peniaga berdasarkan modul Grab.

“Pedagang baharu diwajibkan menjalani modul ‘onboarding’ manakala peniaga sedia ada yang menerima penarafan rendah oleh pengguna akan diminta mengikuti kursus secara berkumpulan pada suku tahun,” katanya dalam sesi webinar Grab Tech Insider bertajuk “Building for SEA businesses”.

Kohli berkata pada akhir tahun 2020, aplikasi Grab Merchant telah mencatatkan sekitar dua juta perniagaan didaftarkan dan ciri-ciri baharu dalam aplikasi tersebut akan memberi kemudahan kepada pemilik perniagaan berdaftar.

Selain itu, Grab juga akan memperkenalkan ciri-ciri baharu bernama “Self-Onboarding” melalui aplikasinya di Singapura dan Malaysia untuk membantu perniagaan baharu mendaftar untuk menjadi pedagang dan mengaktifkan kedai mereka dengan pantas.

Menurut Kohli perkhidmatan automatik dalam talian sepenuhnya itu akan mengurangkan masa ‘onboarding’ untuk peniaga baharu daripada tempoh dua minggu kepada tiga hari.

“Ini adalah ciri-ciri akan datang dan Grab akan menumpukan kepada proses ‘know-your-business (KYB)’ (kenali perniagaan anda) dan berkerjasama dengan pihak kerajaan.

“Self-Onboarding ketika ini sudah tersedia di Indonesia dan kami merancang untuk melaksanakannya di lebih banyak negara seperti Thailand,” katanya. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close