MalaysiaPilihan Editor

RAKYAT SABAH MEMILIH: 22 Dan 75, Angka Umur Calon Warnai PRN Sabah Ke-16

22 dan 75.

Itulah angka bagi usia termuda dan paling tua dicatatkan bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, 26 Sept ini.

Calon paling muda direkodkan di DUN Tandek membabitkan Yillson Yanggun mewakili Barisan Nasional (BN) pada pertandingan enam penjuru membabitkan penyandangnya Anita Baranting yang dahulunya daripada BN namun kini calon Bebas.

Turut bertanding calon Parti Cinta Sabah (PCS) Andy Villson, calon Parti Liberal Demokratik (LDP) Liensin@Danny Leinsin, calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Hendrus Anding selain calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Padis Majingkin.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kerusi itu dimenangi Anita yang mendapat 8,877 undi menewaskan tiga calon lain.

PRN ini menyaksikan calon paling tua bertanding pada usia 75 tahun iaitu Taraji Jamdi mewakili Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) di DUN Bugaya yang melibatkan pertandingan tujuh penjuru.

Beliau akan ditentang penyandangnya, Manis Muka Mohd Darah dari Parti Warisan Sabah (Warisan), calon Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Ahmad Kenajaan, calon Perikatan Nasional Mohd Daud Tampokong, calon Parti Cinta Sabah(PCS) Jihek Basanu dan dua calon Bebas ; Rasidan Abd Latiff dan Abdul Jan Muammil@Abdul Jim.

Pada PRU14, kawasan ini dimenangi Manis Muka yang mendapat 10,662 undi menewaskan enam pencabar yang lain.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi DUN pada PRN Sabah 26 Sept ini selepas tempoh penamaan berakhir pukul 10 pagi tadi.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata daripada jumlah itu 404 calon adalah lelaki manakala 43 lagi calon wanita. — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close