Duniaku TeknokratPilihan Editor

Ramjeet Kaur Bakal Pengarah Urusan Baharu Dutch Lady

Bakal Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI), Ramjeet Kaur Virik
Bakal Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI), Ramjeet Kaur Virik

 

Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) melantik Ramjeet Kaur Virik selaku Pengarah Urusan baharu berkuat kuasa 2 Julai depan.

Syarikat tenusu itu dalam kenyataan hari ini berkata, Ramjeet bakal menggantikan Tarang Gupta yang dilantik sebagai Pengarah Urusan Alaska Milk Corporation di Filipina, iaitu anak syarikat FrieslandCampina berkuat kuasa 1 Ogos depan.

Katanya, Ramjeet akan turut memegang peranan selaku Pengarah Eksekutif untuk DLMI serta sebagai ahli Lembaga Pengarah DLMI dan melaporkan diri kepada Berndt Kodden, Presiden, bahagian Specialised Nutrition (Global), FrieslandCampina.

“Ramjeet ketika ini adalah Pengarah Pemasaran (bahagian Tenusu Pengguna) untuk DLMI. Beliau mula berkhidmat dengan syarikat pada 2011 sebagai Pengurus Pemasaran untuk produk minuman berasaskan susu.

“Beliau kemudian berpindah ke Indonesia untuk bertugas bersama PT Frisian Flag Indonesia menjawat peranan yang sama untuk kategori susu pekat manis sebelum memegang jawatan Pengurus Pemasaran Antarabangsa berpangkalan di Singapura.

“Pada Januari 2018, Ramjeet telah dilantik sebagai Pengarah Pemasaran untuk kategori Tenusu Pengguna di DLMI di mana beliau mengetuai portfolio berkenaan dan berjaya memperkukuhkan kedudukan pasaran selama tiga tahun,” katanya.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close