Duniaku TeknokratPilihan Editor

Lani Darmawan CEO Wanita Pertama CIMB Niaga

CIMB Group Holdings Bhd melantik Lani Darmawan sebagai Presiden Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat Indonesia, PT Bank CIMB Niaga Tbk (CIMB Niaga).

Beliau akan menjadi CEO wanita pertama negara dalam CIMB Group.

CIMB Group dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, pelantikan itu akan berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam mesyuarat agung luar biasa CIMB Niaga yang diadakan hari ini, tertakluk kepada kelulusan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Indonesia.

Lani menggantikan Tigor M. Siahaan, yang kini menjalani tempoh notisnya.

Lani mula berkhidmat dengan CIMB Niaga sejak 2016 dan baru-baru ini menjawat CEO untuk perniagaan pengguna bank berkenaan.

Beliau memainkan peranan penting dalam transformasi perniagaan perbankan pengguna CIMB Niaga untuk memenuhi keperluan pelanggan di seluruh Indonesia dengan lebih baik.

“Pelantikan Lani mencerminkan komitmen kami untuk menggalakkan kepelbagaian dan penyertaan dalam barisan kepimpinan, selaras dengan agenda kelestarian kumpulan,” katanya.

CIMB Niaga adalah 92.5 peratus anak syarikat CIMB Group yang dipegang secara tidak langsung. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close