MalaysiaPilihan Editor

Rina Pertahan Jawatan Ketua Srikandi BERSATU

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Srikandi BERSATU bagi penggal 2019 hingga 2022 dalam pemilihan parti, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Tan Sri Syed Hamid Alba, berkata bagi jawatan Naib Ketua Srikandi disandang oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

“Seramai 11,609 perwakilan telah mengundi semasa persidangan bahagian masing-masing.

“Daripada 168 bahagian yang layak bersidang hari ini, tiga daripadanya gagal bersidang kerana ketiadaan korum,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, pada pemilihan julung kali diadakan itu, perwakilan turut memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 15 Ahli Jawatankuasa Srikandi. – BERNAMA

Keputusan:

Pengerusi Tetap: Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir

Timbalan Pengerusi Tetap: Ruhaya Mohamed Yusof

Ketua: Datuk Seri Rina Mohd Harun

Naib Ketua: Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Ahli Jawatankuasa:

1. Faizah Baharom

2. Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor

3. Dayang Norhayati Titing @ Amoi Titing

4. Redonah Bahanda

5. Datuk Junaidah Kiting

6. Puteri Holijah Muhamad Rali

7. Nor Azah Abdul Aziz

8.Mizma Appehdullah

9. Zeti Zanariah Masiran

10. Norhaninawati Mohd Yusof

11. Raja Mis Sariah Raja Hamzah

12. Mek Zaharah Husain

13. Jawahir Husein

14. Juliana Abdul Ghani

15. Neng Hayati Haytullah Md Ali

– BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close