MalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Panggilan ‘Betina’ Cubaan Rendahkan Martabat Wanita – Suraya Yaacob

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Pendang, Datuk Suraya Yaacob, kesal dengan tindakan pemimpin PAS yang memanggil calon wanita parti lain dengan panggilan ‘betina’ dalam ceramah politik baru-baru ini.

Suraya berkata, panggilan itu seolah-olah merendahkan martabat wanita yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkataan itu tidak sepatutnya keluar daripada pemimpin nombor satu di negeri ini, beliau juga mempunyai ibu dan isteri yang juga wanita.

“Saya dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) kesal dengan ucapan dari seorang pemimpin yang merendah-rendahkan martabat kaum wanita. Permohonan maaf pun tidak akan dapat melenyapkan apa yang telah diperkatakan individu itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang memanggil calon wanita dari parti lain yang akan bertanding di Sik dengan panggilan ‘betina’ ketika berucap dalam satu ceramah baru-baru ini.

Suraya yang juga bekas EXCO Perak, berkata setiap pemimpin perlu menjaga tutur kata ketika berucap dan tidak perlu menjatuhkan maruah wanita yang mahu bertanding pada PRU.

Katanya, semua jentera wanita dan muslimat perlu mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang berbahaya dan tidak diperkotak-katikkan oleh pemimpin mereka sendiri yang merendahkan martabat wanita.

“Betina itu bukan panggilan kebiasaan di Kedah kerana kita hanya gunakan panggilan wanita dan perempuan. Tetapi, tindakannya itu bukan melemahkan kaum wanita, sebaliknya pada dirinya sendiri dan ia tentu akan memberi kesan kepada partinya secara keseluruhan.

“Dalam keseronokan berucap perlu berjaga-jaga kerana ini bukan mengenai perpecahan tetapi pemilihan untuk pilihan raya sahaja dan ia perlu dilakukan dengan baik dan tidak membabitkan maruah sesiapa,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close