MalaysiaPilihan Editor

Tol Percuma 20, 21 Januari Sempena Tahun Baharu Cina – PM

 Perdana Menteri hari ini mengumumkan tol percuma kepada semua kelas kenderaan sempena Tahun Baharu Cina.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tol percuma itu boleh dinikmati pengguna lebuh raya di seluruh negara pada 20 dan 21 Januari ini.

“(Ada) berita baik (untuk Tahun Baharu Cina). Untuk itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) dan Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Anthony Loke) sudah mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi dan setuju supaya ditiadakan tol bagi 20 dan 21 Januari.

“Ia untuk memudahkan kerana ramai rakyat yang akan pulang ke kampung bukan saja (masyarakat) Cina tetapi juga Melayu, India dan yang lain,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto NSTP/Aswadi Alias
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini. – Foto NSTP/Aswadi Alias

Beliau berkata, langkah itu memberi implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM40 juta.

Anwar turut menitipkan pesanan agar mereka yang pulang bercuti supaya berhati-hati dan mematuhi semua peraturan jalan raya yang ditetapkan. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close