MalaysiaPilihan Editor

RON95, RON97 Turun Empat Sen, Diesel Kekal

Harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing turun empat sen seliter sementara diesel tidak berubah bagi tempoh 24 hingga 30 Okt ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga baharu RON95 dan RON97 masing-masing RM1.64 seliter dan RM1.94 seliter, sementara harga diesel RM1.74 seliter.

Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Kerajaan akan terus memantau tren harga minyak mentah global dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan kesejahteraan rakyat, menurut kenyataan itu. — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close