MalaysiaPilihan Editor

PRK Kemaman: Siapa Wakil Rakyat Baharu, Kuasa Pengundi Penentu Hari ini !

Oleh wartawan BacalahMalaysia

SIAPA pilihan pengundi ?

Teknorat atau Jeneral ?

Semuanya di tangan ajaib pengundi Kemaman ! Anda penentunya…

Kedua-dua calon taruhan parti yang diwakilinya dikira terbaik dalam membawa suara rakyat Kemaman, tetapi siapa di pilihan dan dekat di hati pengundi ?

Hari ini seramai 141,382 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Keputusan mereka bakal menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Parlimen berkenaan atau pun PAS mengekalkan kedudukan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memberikan tempoh dua minggu kepada calon BN iaitu Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS untuk berkempen dan mendekati pengundi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh sebelum ini menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya itu boleh mencapai 70 peratus selepas melihat kepada trend keluar mengundi tiga pilihan raya yang diadakan sebelum ini.

Jangkaan itu juga berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa hujan dijangka melanda beberapa daerah Kemaman secara berterusan pada hari pengundian.

Proses penjumlahan undi bagi semua DUN pula akan diadakan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman dan dijangka keputusan rasmi diumumkan selewat-lewatnya jam 9 malam.

Ketiga-tiga individu itu adalah pasangan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), manakala sebanyak 387 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan enam anggota tentera yang layak mengundi awal pula diarahkan melakukan undian secara pos pada 23 dan 24 November lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan memaklumkan kaedah itu terpaksa ditukar bagi memastikan anggota dapat memberi tumpuan kepada kerja menyelamat dan bertugas pada musim banjir.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Kemaman sebelum ini diwakili BN menerusi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selama tiga penggal, sebelum bertukar tangan kepada Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pada PRU15, Che Alias sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman apabila menewaskan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.

Che Alias memperoleh undi 65,714 undi manakala Ahmad mendapat 38,535 undi dan menyaksikan PAS mendominasi kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri berkenaan.

Bagaimanapun, kemenangan Che Alias terbatal selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 26 September lalu menerima petisyen difailkan calon BN, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu merangkap Hakim Pilihan Raya, Anselm Charles Fernandis menerima dakwaan pempetisyen di dalam Petisyen Pilihan Raya bahawa terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu melalui dana bantuan i-Belia dan i-Siswa yang diagihkan kepada pengundi semasa tempoh berkempen PRU15 untuk meraih undi kepada Che Alias.

Ini adalah PRK keenam diadakan selepas PRU15 pada 19 November lalu, ia disusuli PRK Kuala Terengganu pada 12 Ogos, PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang diadakan serentak pada 9 September, PRK DUN Pelangai (7 Oktober) dan terakhir PRK Parlimen Jepak (4 November). – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close