Duniaku TeknokratPilihan Editor

CEO, Presiden PNB Jalil Rasheed Letak Jawatan

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Jalil Rasheed meletakkan jawatannya berkuatkuasa hari ini selepas memegang jawatan itu sejak 1 Oktober 2019.

Lembaga Pengarah syarikat pengurus dana terbesar di Malaysia itu mengumumkan bahawa mereka telah menerima peletakan jawatan itu.

Lembaga Pengarah dan Kumpulan Kepimpinan PNB menyampaikan penghargaan mereka kepada Jalil atas kepimpinan dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama PNB.

“PNB mengucapkan selamat maju jaya kepada Jalil dalam semua usaha di masa hadapan. Lembaga Pengarah juga telah meluluskan pelantikan pengganti bagi jawatan berkenaan dan pengumuman akan dibuat setelah menerima kelulusan daripada pihak kawal selia,” kata PNB dalam satu kenyataan.

Jalil mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif paling muda dalam sejarah PNB sejak syarikat pengurusan dana itu ditubuhkan pada 17 Mac 1978.

Jalil memulakan kerjayanya pada 2003 sebagai pelatih graduan di Aberdeen Standard Investments dan kemudian dilantik sebagai Pengurus Pelaburan dan seterusnya Ketua Ekuiti sebelum menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Aberdeen Islamic Asset Management pada 2010.

Beliau kemudiannya meninggalkan Aberdeen untuk menerajui syarikat Invesco sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (Asia Selatan) pada 2013, iaitu jawatan yang disandangnya sebelum menyertai PNB.

Sementara itu, sumber rapat berkata, Ahmad Zulqarnain Onn, yang ketika ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, adalah calon pilihan yang dijangka dilantik untuk menerajui pengurusan tertinggi PNB.

Sumber itu berkata, terdapat beberapa calon untuk menggantikan Jalil, tetapi Ahmad Zulqarnain dikatakan calon paling layak berdasarkan pengalamannya.

Ahmad Zulqarnain menyertai Khazanah pada Mei 2014 dan sebelum itu, beliau pernah berkhidmat dengan sebagai Ketua Eksekutif Danajamin Nasional Bhd.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Harvard. – BERITA HARIAN ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close