MalaysiaPilihan Editor

ROS Lulus Pindaan Perlembagaan UMNO

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO yang diputuskan parti itu sebelum ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kelulusan diberikan oleh ROS, selepas menilai segala dokumen berkaitan pindaan itu lebih 60 hari, akan berkuat kuasa hari ini.

“ROS bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO supaya pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen (Dewan Rakyat).

“ROS juga meminta supaya satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal PRU Parlimen (Dewan Rakyat),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“UMNO merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada ROS dan semua pihak yang terbabit dalam meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO,” katanya.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin yang mempengerusikan PAU Khas ketika itu mengumumkan usul pindaan diluluskan sebulat suara 2,586 perwakilan UMNO dari 192 bahagian di seluruh negara yang hadir di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.

Dengan kelulusannya, MKT UMNO diberi dua pilihan di bawah Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO, sama ada untuk melanjutkan selama 18 bulan tempoh pemilihan parti atau dalam tempoh enam bulan selepas PRU selesai diadakan.

Pindaan itu antara lain menyaksikan peruntukan Fasal 10.16 yang sedia ada dipinda menjadi Fasal 10.16.1 iaitu pemilihan parti sekarang boleh ditangguhkan pada satu masa dalam tempoh tidak melebihi 18 bulan dari tarikh sepatutnya atau sehingga enam bulan dari PRU.

Susulan pindaan kepada Fasal 10.16 itu, UMNO turut memutuskan untuk meminda Fasal 15.3 dan Fasal 18.2 dalam perlembagaan partinya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close