Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Sektor Ekonomi Israel Catat Kerugian Lebih RM8 bilion

Sektor ekonomi Israel mengalami kerugian melebihi AS$2 bilion (RM8.3 bilion) seperti dilaporkan akhbar The Hebrew.

Akhbar itu memetik kenyataan pegawai kewangan yang berkata, selepas gencatan senjata diumumkan antara pejuang Hamas dan pengganas Israel, kerugian yang direkodkan mencecah 0.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Angka itu jauh lebih buruk daripada pencerobohan tentera Israel pada 2014, ketika ekonomi Israel kehilangan 0.3 peratus daripada KDNK dalam tempoh 51 hari.

Pegawai itu berkata, KDNK negara sekarang mencatatkan kerugian hampir AS$2.14 bilion.

Semasa pertempuran selama 11 hari, pejuang Hamas berupaya melancarkan serangan udara terhadap ketenteraan dan sektor ekonomi Israel termasuk platform gas Tamar dan Lapangan Terbang Ben Gurion.

Ibu kota Israel, Tel Aviv turut terkena serangan sehingga menjadikan kehidupan harian penduduk di negara itu terhenti seketika. -AGENSI

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close