GovernansPilihan Editor

Seimbangkan Antara Kesihatan Dan Ekonomi – Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan negara tidak seharusnya kehilangan keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi ketika berdepan penularan COVID-19.

Menerusi status dimuat naik di Facebook pagi ini, beliau berkata, kehilangan keseimbangan antara dua elemen itu akan menjurus kepada kehilangan nyawa dan mata pencarian.

Tegasnya, negara berdepan cabaran dalam melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi.

“Ini adalah cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi ketika kita terus berusaha memerangi COVID-19.

“Bersama-sama kita menjayakan yang mustahil dalam melandaikan sekali lagi lengkuk jangkitan COVID-19,” katanya.

Semalam negara mencatatkan 710 kes baharu dengan 10 kematian. Jumlah kematian itu adalah yang tertinggi dicatatkan sejak penularan pandemik COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah kematian sebanyak 214 kes atau 0.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Turut dikesan adalah tiga kluster baharu membabitkan enam daerah di beberapa negeri, manakala sebanyak 31 kluster aktif mencatatkan kes baharu semalam dengan 14 daripadanya membabitkan kluster dikesan di Sabah.

Sementara itu menerusi status berasingan, Dr Noor Hisham menggesa semua pihak mengutamakan kesatuan dan kebersamaan dalam memerangi COVID-19, bukannya menentang satu sama lain.

Beliau berkata, petugas barisan hadapan sudah bertahan selama 10 bulan, 24 jam sehari tujuh hari seminggu bagi memastikan negara bebas pandemik COVID-19 walaupun berdepan keletihan mental dan fizikal.

“Some are prepared to throw in the towel’ (Sebahagian daripada petugas barisan hadapan hampir menyerah dan mengaku kalah). Tolong belajar daripada PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah,” katanya. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close