MalaysiaPilihan Editor

Semangat Juang Tinggi Presiden UMNO Tidak Sesekali Gentar, Tunduk Atau Akur Dengan Tekanan – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“Semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi jelas tidak sesekali gentar, tunduk atau akur dengan tekanan terhadapnya selaku Presiden sebuah parti yang banyak jasanya pada rakyat dan negara.”

Itu ketegasan yang disuarakan oleh Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim yang secara jujurnya melahirkan rasa hormat dan kagum dengan semangat Presiden UMNO Malaysia.

Apatah lagi mengharungi 40 pertuduhan rasuah membabitkan kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

“Alhamdullillah, syukur kepada Allah SWT kerana Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid  Hamidi) bebas daripada 40 pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau berkaitan OSG dan (VLN),’ kata Norliza yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dalam ciapannya di Facebook.

Tegas Norliza, pendakwaan terpilih yang dikenakan terhadap Presiden UMNO ini merupakan langkah terancang untuk menyekat kebangkitan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Ke-15 nanti.

“Semoga UMNO dan BN akan kembali diterima rakyat dalam PRU15 akan datang,” katanya.

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini (23 September 2022) melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah membabitkan kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Presiden UMNO itu berkata, beliau lega dan memanjatkan kesyukuran atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa sekali gus membersihkan namanya daripada tuduhan terbabit. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close