MalaysiaPilihan Editor

Dilepaskan, Dibebaskan ! Tidak Akan Pernah Lupa Kawan Yang Tidak Pernah Jemu – Zahid

Daripada 40 pertuduhan rasuah membabitkan kontrak pengendali Perkhidmatan OSC di China dan VLN

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Dilepaskan, dibebaskan !

“Saya tak akan pernah lupa kawan-kawan yang tak pernah jemu untuk bersama saya di mahkamah ini.

“Yang datang dari jauh dan seluruh kepimpinan UMNO yang mendukung supaya keadilan ini dinaikkan !”

Itulah kata-kata yang dizahirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemberita selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini (23 September 2022) yang melepas dan membebaskannya daripada 40 pertuduhan rasuah membabitkan kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Presiden UMNO itu berkata, beliau lega dan memanjatkan kesyukuran atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa sekali gus membersihkan namanya daripada tuduhan terbabit.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terutama barisan peguam, ahli keluarga dan rakan seperjuangan dalam arena politik yang terbabit dalam memperjuangkan keadilan terhadapnya.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan peguam saya yang amat profesional dan cemerlang. Saya berbangga dengan usaha mereka.

“Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada wartawan yang memberikan laporan sangat seimbang dan profesional dan diharap laporan itu lebih seimbang lagi kepada saya,” katanya.

Sebelum ini pada 11 Ogos, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 18 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 24 Mei 2021 dan pihak pendakwaan serta pembelaan selesai berhujah pada 7 September lalu.

Saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Ibrahim serta tiga bekas pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), Harry Lee Vui Khiun, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan David Tan Siong Sun.

Pasukan pendakwaan kes itu ialah Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong dan B Thavani Selain itu, Ahmad Zahid diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE/NSTP/BERNAMA

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close