MalaysiaPilihan Editor

PRK SLIM: Pengundi PRK DUN Slim Terpuji dan Sangat Luar Biasa – Kata Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Sangat terpuji !

Sangat luar biasa !

Itulah rumusan yang boleh digambarkan kepada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang memilih YB Mohd Zaidi Aziz , calon Barisan Nasional (BN) bagi mewakili suara rakyat Slim.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pengundi PRK (DUN) Slim yang memilih YB Mohd Zaidi Aziz , calon BN.

“Menerusi majoriti 10,945 undi, keputusan PRK DUN Slim telah membuktikan tanggungjawab dan kesedaran pengundi sangat terpuji dan luar biasa.

“Saya percaya YB baharu kita tidak akan meminggirkan sesiapa pun dalam DUN Slim kerana slogan keramat BN sendiri menjaga rakyat,” kata Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Menurutnya lagi, BN tidak pernah meminggirkan sesiapa pun kerana BN termasuk jentera wanita sejak dahulu lagi sentiasa dekat dan berhubung di hati rakyat dan pengundi.

“Tahniah juga kepada jentera BN terutama Wanita UMNO dan BN yang tidak pernah kenal erti penat serta sentiasa menggunakan pendekatan menyantuni dan mesra pengundi,” kata Norliza yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang.

Kata Norliza, kemenangan berterusan ini pastinya menguatkan perjuangan BN untuk Pilihan Raya Negeri Sabah dan Pilihan Raya Umum Ke-15 bersama-sama dengan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya yakin kesedaran rakyat terhadap BN semakin memuncak dan diyakini bagi masa depan rakyat dan negara,” ujarnya.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close