Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Tahniah !
Bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dan Chan Ming Kai (Alor Setar), antara tiga individu dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut dilantik memegang jawatan sama, Setiausaha Politik Anwar sebelum ini, Ahmad Farhan Fauzi.

“Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” kata Perdana Menteri.
Anwar yang memuat naik hantaran mengenainya melalui media sosial, berkata upacara angkat sumpah itu didahului oleh Shamsul Iskandar, yang juga Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.
“Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik ialah saudara Ahmad Farhan Datuk Seri Fauzi dan saudara Chan Ming Kai. – BACALAHMALAYSIA.MY/FOTO FB RASMI ANWAR IBRAHIM