Dimensi BisnesPilihan Editor

Pertama Digital Mohon Lesen Bank Digital

Pertama Digital Bhd menubuhkan konsortium bagi memohon lesen Bank Digital daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Pengarah Strateginya, Saify Akhtar, berkata rakan kongsi konsortiumnya yang pertama ialah Crowdo Holdings Pte Ltd dari Indonesia.

Katanya, kehadiran Crowdo bukan hanya membawa masuk idea dan pandangan yang berharga, malah kemampuan memberikan pembiayaan yang produktif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di Indonesia tanpa sebarang sejarah kredit juga amat ditagih pihaknya.

“Kerjasama ini akan membolehkan bank digital Malaysia memberikan khidmat segera kepada perniagaan-perniagaan tempatan yang berdaya maju dari hari pertama.

“Ini adalah kunci utama strategi kami untuk meningkatkan penyertaan ekonomi dalam kalangan bidang perniagaan yang tidak diberi tumpuan secepat yang mungkin, sambil menyelaraskan sepenuhnya dengan kerangka yang ditetapkan oleh BNM,” katanya dalam satu kenyataan.

Ditubuhkan pada 2017 dan disokong oleh pelabur terkenal iaitu Gobi Partners, Crowdo adalah firma bank digital yang menawarkan perbankan tanpa cawangan fizikal dengan dikuasakan oleh enjin kredit pemarkahan kecerdasan buatan (AI) yang dikhususkan untuk pasaran baharu muncul dalam kalangan ASEAN.

Crowdo adalah kumpulan pertama daripada teknologi kewangan yang dilesen sepenuhnya oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Indonesia bagi menyediakan perkhidmatan pinjaman digital kepada PKS.

Mengulas lanjut, Saify berkata, pihaknya amat sedar dengan peningkatan kesukaran dihadapi oleh rakyat Malaysia ketika ini yang sedang bergelut untuk mengakhiri pandemik.

Katanya, bagi menyumbangkan kepada pemulihan negara, Pertama Digital memfokuskan untuk membantu mempercepatkan produktiviti selepas pandemik yang ketika ini sudah terdedah dalam kalangan masyarakat.

“Perbankan digital adalah platform pilihan kami bagi menjuarai kemasukan kewangan menerusi perkhidmatan kewangan yang beretika.

“Untuk menjayakannya, kami perlu memastikan sentiasa dekat dengan rakyat bagi membolehkan strategi bank digital dan model perniagaan kami diterima ramai.” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close