Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Rundingan Perdagangan UK, EU Masih Buntu

Rundingan perdagangan pasca-Brexit di antara United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) semalam, dilaporkan masih menemui jalan buntu dan belum menunjukkan tanda ke arah ‘keserasian’.

Ketua perunding EU, Michel Barnier dan rakan sejawatannya, David Frost masih gagal mencapai kata putus dalam rundingan semalam walaupun selepas lapan bulan berbincang.

Perdana Menteri Ireland, Micheal Martin mendakwa peluang untuk mencapai perjanjian itu hanya ’50-50′ manakala sumber yang rapat dengan rundingan itu berkata perbincangan berjalan ‘perlahan’ dan tidak seperti dijangkakan.

Britain keluar dari EU pada 31 Januari lalu tetapi hanya akan bebas daripada ekonomi tunggal kesatuan itu pada akhir tahun ini, selepas berakhir tempoh peralihan Brexit bagi membolehkan perjanjian baharu dipersetujui.

Matlamat rundingan perdagangan itu adalah bagi mengukuhkan hubungan dagangan dengan tarif dan kuota sifar bagi mengelak gangguan menjelang 1 Januari ini.

Barnier dan Frost dijadual berbincang sehingga hari ini serta perlu melaporkan hasil perincangan itu kepada ketua masing-masing, ketua EU Ursula von der Leyen dan Perdana Menteri UK, Boris Johnson.

Kedua-dua pemimpin akan berhubung menerusi telefon lewat hari.

Tumpuan kini terarah kepada Sidang Kemuncak EU pada Khamis ini sama ada rundingan itu berjaya atau tidak akan dikemukakan kepada 27 pemimpin kesatuan itu.

Satu sumber yang rapat dengan rundingan itu mendakwa keadaan itu ‘sangat sukar’ dan rundingan berada pada tahap yang amat mendesak.

“Kami berada di jalan yang sempit dan mustahil untuk meramalkan hasilnya,” jelas sumber itu.

Beberapa sumber mendakwa, masalah paling sukar dalam rundingan itu adalah bagaimana hendak memastikan perdagangan yang adil pada masa depan dan mewujudkan mekanisme perundangan dipersetujui dua pihak.

Britain enggan menerima syarat dan perjanjian yang sukar serta terlalu ketat kerana menyifatkannya sebagai pelanggaran terhadap kedaulatannya yang baru dinikmati selepas 47 tahun menjadi anggota EU.

“Pada hakikatnya, jika rundingan itu gagal sekarang, kedua-dua pihak tidak dapat bersetuju apa yang dimaksudkan dengan apa yang mereka mahukan, maka yang harus dilakukan selepas itu,” kata seorang diplomat EU.

Johnson sebelum ini menegaskan Britain akan makmur dengan kukuh walau apa pun hasil rundingan itu, tetapi bakal berdepan pergolakan politik jika tidak dapat memuktamadkan perjanjian. – AFP

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close