Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

25 Syarikat Masuk Senarai Saham Patuh Syariah

Sebanyak 25 syarikat lagi kini diklasifikasikan di bawah senarai saham patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Antaranya termasuk syarikat pengeluar kondom, Karex Bhd dan pemaju hartanah, Eco World International Bhd.

SC dalam satu kenyataan berkata, senarai sekuriti patuh Syariah terkini yang disenaraikan di Bursa Malaysia itu berkuat kuasa mulai hari ini.

Selain Karex dan Eco World International, syarikat berkenaan ialah Amtel Holdings Bhd, Anzo Holdings Bhd, A-Rank Bhd, BCB Bhd, BV Land Holdings Bhd, CAB Cakaran Corporation Bhd, Cuscapi Bhd, Eden Inc Bhd, Flexidynamic Holdings Bhd, Golden Land Bhd, HPP Holdings Bhd, Jishan Bhd, Malaysia Pacific Corporation Bhd, Mobilia Holdings Bhd, Only World Group Holdings Bhd, PLB Engineering Bhd, Rexit Bhd, Ta Win Holdings Bhd, Tanco Holdings Bhd, Teladan Setia Group Bhd, Tuju Setia Bhd, UCI Resources Bhd dan Volcano Bhd.

Sementara itu, SC juga turut mengumumkan 15 sekuriti dikeluarkan daripada senarai sekuriti patuh Syariah termasuk sekuriti tersenarai di Pasaran LEAP.

Syarikat yang terkeluar itu ialah Diversified Gateway Solutions Bhd, IDB Technologies Bhd, Impiana Hotels Bhd, Khee San Bhd, KTG Bhd, MTAG Group Bhd, mTouche Technology Bhd, Pan Malaysia Corporation Bhd, Pinehill Pacific Bhd, Poh Huat Resources Holdings Bhd, Polydamic Group Bhd, REDtone Digital Bhd, Scomi Group Bhd, Trive Property Group Bhd dan XOX Bhd.

Dalam mengklasifikasikan sekuriti patuh Syariah, SC menjelaskan, Majlis Penasihat Syariah SC (SAC) menerima input dan sokongan daripada SC.

Pengawal selia pasaran modal itu berkata, pihaknya memperoleh maklumat mengenai syarikat menerusi antara lainnya, laporan tahunan dan pertanyaan yang dikemukakan kepada syarikat.

Katanya, SAC menerusi SC akan terus mengkaji status sekuriti sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia secara tahunan berdasarkan audit penyata kewangan tahunan terkini syarikat.

“SAC menggunakan pendekatan kuantitatif dua peringkat, yang menerapkan penanda aras aktiviti perniagaan dan penanda aras nisbah kewangan, dalam menentukan status Syariah sekuriti yang disenaraikan.

“Oleh itu, sekuriti akan diklasifikasikan sebagai patuh Syariah jika aktiviti perniagaan dan nisbah kewangan mereka berada dalam tanda aras ini,” katanya.

Berdasarkan perangkaan setakat 24 Mei 2021, terdapat 936 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan dari jumlah itu, 746 adalah syarikat patuh Syariah. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close