GovernansMalaysiaPilihan Editor

‘Terima kasih Semua’ – Kata Perdana Menteri Ke-9

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada semua pemimpin parti politik termasuk daripada blok Bebas yang memilihnya sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Beliau turut mengucapkan kesyukuran atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, melantiknya ke jawatan itu.

“Saya bersyukur kepada Allah dan atas izin-Nya, saya dilantik sebagai perdana menteri.

“Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan Ahli Parlimen termasuk Bebas dan ketua parti politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar pekarangan kediamannya selepas selesai menghadiri istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di sini, hari ini.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera turut merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu atas kepercayaan diberikan kepadanya.

Terdahulu, Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada jam 2.30 petang tadi.

Beliau menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan selepas kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen pada 16 Ogos lalu. – BH ONLINE/PIX BERNAMA

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close