GovernansMalaysiaPilihan Editor

4 Inisiatif Atasi Isu Kekurangan Beras

Kerajaan semalam mengumumkan empat inisiatif untuk mengatasi isu kekurangan beras dalam pasaran.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bil 1/2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, semalam.

Antara keputusan dicapai, kerajaan bersetuju supaya harga jualan runcit Beras Putih Import (BPI) diturunkan antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa hari ini.

“Bagi meningkatkan akses rakyat kepada bekalan beras pada harga yang munasabah, kerajaan melalui mesyuarat NACCOL bersetuju supaya penurunan harga jualan runcit BPI di antara RM2 hingga RM3 di pasaran dilaksanakan berkuat kuasa pada Rabu, 20 Mac 2024.

Kementerian itu turut mengumumkan bagi meningkatkan pengedaran Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran, kerajaan memutuskan supaya semua stok semasa padi dan beras yang telah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta merta.

Jualan MADANI diperluas

 

Bagi meningkatkan akses rakyat kepada bekalan beras pada harga yang munasabah, kerajaan melalui mesyuarat NACCOL bersetuju supaya penurunan harga jualan runcit BPI di antara RM2 hingga RM3 di pasaran dilaksanakan berkuat kuasa pada Rabu, 20 Mac 2024. - Foto fail NSTP
Bagi meningkatkan akses rakyat kepada bekalan beras pada harga yang munasabah, kerajaan melalui mesyuarat NACCOL bersetuju supaya penurunan harga jualan runcit BPI di antara RM2 hingga RM3 di pasaran dilaksanakan berkuat kuasa pada Rabu, 20 Mac 2024. – Foto fail NSTP

 

Dalam meluaskan jaringan pengedaran BPT, aktiviti Jualan Agro MADANI yang dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga akan diperluaskan dari segi lokasi dan peningkatan kekerapan program.

KPKM memberi jaminan akan meningkatkan penguatkuasaan melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) di seluruh negara bagi memastikan semua inisiatif diumum dilaksanakan sepenuhnya.

“Sesungguhnya keputusan ini mencerminkan komitmen utuh kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat dan seterusnya memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan negara.

“Semua langkah ini akan dapat meningkatkan ketersediaan bekalan beras kepada rakyat melalui jualan BPI pada harga yang lebih rendah serta pertambahan BPT di pasaran.

“KPKM juga akan meneruskan perbincangan bersama semua pemegang taruh untuk memperhalusi pelan tindakan jangka panjang bagi struktur kos pengeluaran beras yang lebih realistik untuk memastikan industri padi dan beras adalah mampan.

“Ia terutamanya dalam menjaga kepentingan dan kebajikan pesawah serta meningkatkan produktiviti pengeluaran beras negara,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close