MalaysiaPilihan Editor

Kos LRT Pulau Pinang Dianggar RM350 Juta Setiap Kilometer – MIDF Research

Kos pembinaan bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang dijangka mencecah RM350 juta untuk setiap kilometer (km), demikian mengikut MIDF Research.

Menurut Penganalisisnya, Royce Tan Seng Hooi, sementara menunggu pengesahan mengenai jajaran laluan, Segmen 1 yang dijangka sepanjang 23.5 kilometer membabitkan pembinaan bertingkat sepenuhnya dari Pulau Silikon ke Komtar menjadikan nilai kontrak kira-kira RM8.23 bilion.

Katanya, manakala jajaran untuk Segmen 2 yang mungkin mencapai jarak kira-kira 5.5 km yang juga adalah pembinaan bertingkat sepenuhnya dengan nilai kontrak kira-kira RM1.93 bilion.

“Ini menjadikan jumlah kos keseluruhan kepada RM10.15 bilion. Bagaimanapun, harga ini mungkin adalah lebih rendah jika jumlah kosnya dihadkan pada RM10 bilion, termasuk sistem turnkey dan gerabak.

Projek LRT Pulau Pinang telah menerima kelulusan daripada Kabinet dan kini secara rasminya menjadi projek Kerajaan Persekutuan.

Jajajran LRT itu adalah sepanjang 29 km dari Pulau Silikon ke Penang Sentral dan akan mempunyai 20 stesen, termasuk dua stesen pertukaran di Komtar dan Penang Sentral, yang akan berhubung dengan rangkaian KTM Komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) sedia ada.

Pembinaan dijangka bermula pada suku keempat tahun ini dan dijadualkan untuk siap pada 2030.

Sementara itu penganalisis RHB Research, Adam Mohamed Rahim, berkata pihaknya menganggarkan saiz kontrak segmen pertama LRT Pulau Pinang yang bakal diraih Gamuda Bhd adalah antara RM8 bilion hingga RM10 bilion.

Katanya, anggaran itu masih berada dalam sasaran penambahan kerja sebanyak RM25 bilion bagi tahun kewangan 2024 (FY24) dan FY25 kumpulan itu. 1

“Butiran nilai kontrak segmen pertama akan dimuktamadkan tertakluk kepada rundingan antara anak syarikat Gamuda, SRS Consortium Sdn Bhd dan MRT Corp yang adalah pemaju projek dan pemilik aset dalam tempoh sehingga enam bulan sebelum kerja boleh dimulakan antara suku ketiga atau suku keempat tahun ini.

“Kami menjangkakan kos pembinaan bagi segmen 1 adalah antara RM8 bilion – RM10 bilion dengan margin untung kasar di antara 5.0-8.0 peratus,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close