MalaysiaPilihan Editor

TERKINI – Tebing runtuh Batang Kali: Dua Lagi Mayat Ditemui, Korban Meningkat Kepada 21 Mangsa – Zahid

Dua lagi mayat tragedi tanah runtuh ditemui di tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali – Jalan Genting Highlands di sini seterusnya menjadikan keseluruhan 21 mangsa setakat ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir meninjau lokasi kejadian malam ini.

“Daripada keseluruhan 94 mangsa, secara rasmi 21 orang disahkan meninggal dunia dengan 12 orang belum ditemui,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan dengan langkah waspada kerana terdapat aliran air di bawah tanah runtuhan.

“Hasil siasatan awal dari Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Tanah dan Galian mendapati ada aliran air di bawah tanah ini. Saya harap usaha pencarian 12 orang itu berjaya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau turut menasihatkan ibu bapa serta pihak sekolah untuk mengelak sebarang aktiviti di kawasan berisiko tanah runtuh serta di tepi sungai.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, agensi yang terlibat akan meningkatkan pemantauan agar tragedi tersebut tidak berulang.

Sementara itu, Ahmad Zahid memberitahu terdapat peruntukan bantuan untuk mangsa tanah runtuh yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Ketika ini, SAR masih diteruskan walaupun cuaca hujan renyai di sekitar kawasan runtuhan – MalaysiaGazette

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close