GovernansMalaysiaPilihan Editor

Lima Gabungan Politik Meterai Perjanjian, Kukuhkan Kerajaan Perpaduan

Empat gabungan politik memeterai perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH), petang ini bagi mengukuhkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semua gabungan politik itu diwakili pemimpin tertinggi masing-masing iaitu Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, manakala PH, diwakili Anwar sebagai Pengerusinya.

Turut menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama berkenaan ialah Setiausaha Agung gabungan politik masing-masing iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mewakili PH; Datuk Seri Zambry Ab Kadir (BN); Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (GPS); Datuk Seri Marsidi Manjun (GRS) dan Datuk Loretto S Padua Jr (WARISAN).

Perjanjian persefahaman kerjasama itu ditandatangani kira-kira jam 3.15 petang tadi.

 

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Premier Sarawak merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan di Bawah Perpaduan di Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Premier Sarawak merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan di Bawah Perpaduan di Putrajaya. – NSTP/Mohd Fadli Hamzah

 

Beliau berkata, komitmen mereka ialah menyokong sebuah kerajaan yang stabil.

Katanya, beliau berharap kerjasama itu akan berterusan sehingga penggal kali ini berakhir.

“Jika anda lihat apa yang sudah dirangka, perbincangan yang hebat (intense) untuk memahami, komitmennya untuk menyokong kerajaan yang stabil. Harapnya sehingga penggal berakhir,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, yang juga Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof, mengesahkan parti politik yang menyokong pentadbiran Anwar akan memeterai perjanjian berkaitan kerjasama itu, hari ini.

Katanya, langkah itu mendahului usul percaya yang bakal dibentangkan di Parlimen pada Isnin ini. – BH ONLINE/NSTP

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close