MalaysiaPilihan Editor

Kos Haji Antara RM15,000 Hingga RM33,300, Naik 20 Peratus Bagi B40 dan M40

Kenaikan bayaran haji meningkat pada tahun depan !

Alasannya susulan peningkatan pelbagai kos tetapi persoalannya adakah subsidi itu masih kekal atau dikurangkan secara berfasa-fasa bagi kumpulan B40 atau M40.

Sudah tentu alasan peningkatan kos pelbagai menjadi sandaran kenaikan berkenaan, tetapi adakah kenaikan ini akan memberi kesan kepada kumpulan B40 dan M40 kelak ?

Berdasarkan situasi semasa menerusi pengumuman Tabung Haji pada hari ini, bayaran haji bagi tahun 2025 naik 20 peratus bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 dan M40 susulan peningkatan kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci.

Bagi tahun 2025, kadar bayaran bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 yang menunaikan ibadah itu buat kali pertama ditetapkan pada RM15,000 berbanding RM12,356 seorang pada 2024.

 

Kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu pula ialah RM23,500 berbanding RM19,152 seorang pada 2024.

 

Kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan T20 yang kali pertama kekal RM33,300 pada 2025 iaitu bersamaan kos haji bagi seorang haji muassasah yang ditetapkan pada 2024.

Kos haji kekal RM33,300 sebagaimana tahun lalu

Katanya, bagi tujuan mengekang kenaikan kos, TH mengambil pelbagai langkah perlu termasuk mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan.

“Bagi mengawal kos, TH berusaha mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan meskipun dalam keadaan harga minyak meningkat,” katanya.

Katanya, kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci merangkumi 87 peratus dari kos keseluruhan dengan ia adalah di luar kawalan TH. – BH ONLINE/BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close