MalaysiaPilihan Editor

Lelaki Israel Tiba Di Mahkamah Dengan Kawalan Ketat Polis

Lelaki Israel, Shalom Avitan yang dikawal ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi untuk didakwa mengikut Akta Senjata Api.

Konvoi kira-kira enam kenderaan polis diiringi dua motosikal berkuasa tinggi polis trafik membawa suspek berusia 38 tahun, tiba di perkarangan kompleks mahkamah pada jam 8.09 pagi, sebelum dibawa turun dari trak polis seterusnya masuk ke bangunan mahkamah pada jam 8.11 pagi.

Suspek yang dilihat memakai kemeja T tidak berkolar warna hitam, berseluar kargo hijau khaki dan memakai pelitup muka hitam diiringi lebih 15 anggota polis serta pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) lengkap dengan uniform taktikal dan bersenjata api.

Turut kelihatan hadir di mahkamah, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kiri) turut hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Aswadi Alias
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kiri) turut hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Foto NSTP/Aswadi Alias

 

Lelaki Israel, Shalom Avitan bersama kawalan ketat anggota polis tiba untuk dituduh mengikut Akta Senjata Api di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Aswadi Alias
Lelaki Israel, Shalom Avitan bersama kawalan ketat anggota polis tiba untuk dituduh mengikut Akta Senjata Api di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Foto NSTP/Aswadi Alias

 

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menjadi tumpuan petugas media bagi membuat liputan pertuduhan yang dijalankan ke atas lelaki warga Israel terbabit.

Seawal jam 7 pagi tadi, kira-kira 30 petugas media mula berkumpul di lobi bangunan mahkamah bagi membuat liputan pertuduhan ke atas Shalom yang dijangka berlangsung pada jam 9 pagi.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan siasatan terhadap lelaki Israel itu selesai dijalankan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).

 

Lelaki Israel, Shalom Avitan bersama kawalan ketat anggota polis tiba untuk dituduh mengikut Akta Senjata Api di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Aswadi Alias
Lelaki Israel, Shalom Avitan bersama kawalan ketat anggota polis tiba untuk dituduh mengikut Akta Senjata Api di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Foto NSTP/Aswadi Alias

 

Pada 27 Mac lalu, lelaki warga Israel yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu ditahan di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang, di sini, selepas dikesan memiliki enam pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru, yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Hasil siasatan awal polis mendapati lelaki yang memasuki negara ini pada 12 Mac lalu menerusi penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan menggunakan pasport Perancis, disyaki merancang membunuh ketua kepada satu keluarga kumpulan penjenayah yang berseteru dengan keluarganya.

Susulan soal siasat ke atasnya, polis memberkas sepasang suami isteri berusia 42 dan 40 tahun di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada 29 Mac. Mereka disyaki menjual enam senjata api kepada lelaki Israel itu. Polis turut menemukan sepucuk lagi pistol di dalam beg sandang dalam kereta milik pasangan terbabit.

Pasukan khas polis yang mengendalikan kes terdiri Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kemudian menahan 12 lagi individu dalam beberapa siri serbuan di Johor, Kelantan dan Lembah Klang.

Pasangan suami isteri yang dipercayai membekalkan senjata api kepada seorang warga Israel didakwa di Mahkamah Sesyen Klang pada 8 April lalu berhubung pemilikan pistol 9mm CZ 75. – BH ONLINE

 

Lelaki Israel, Shalom Avitan bersama kawalan ketat anggota polis tiba untuk dituduh mengikut Akta Senjata Api di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Aswadi Alias
Lelaki Israel, Shalom Avitan bersama kawalan ketat anggota polis tiba untuk dituduh mengikut Akta Senjata Api di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Foto NSTP/Aswadi Alias

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close