Kedai RuncitMalaysiaPilihan Editor

Todak – Pasukan Bertaraf Dunia E-Sukan Lancar E-Bengkel “Kursus Asas Mobile Legends: Bang Bang”

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Peminat, penggemar dan atlet e-sukan di Malaysia pasti tidak sabar lagi mendapat tunjuk ajar daripada pasukan e-sukan bertaraf dunia !

Tidak lain, tidak asing lagi – Todak – pasukan bertaraf dunia dalam perkembangan e-sukan di Malaysia dan dunia.

Menerusi pengalaman selama tiga tahun, Todak  melancarkan kursus di atas talian di dalam arena permainan “Mobile Legends: Bang Bang” secara istimewa.

Menelusuri kehebatan Todak, pasukan anak muda ini telah melibatkan diri dengan aktif dalam perkembangan e-sukan di Malaysia menerusi kejayaan pasukan “Todak Mobile Legends: Bang Bang” telah berjaya merangkul tempat ketiga di kejohanan dunia M1 pada tahun 2019.

 

Jadi untuk meneruskan legasi dan penaklukan Todak di dalam arena permainan Mobile Legends: Bang Bang, Todak telah melancarkan satu kursus di atas talian mengenai perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap pemain permainan tersebut yang ingin menjadi seorang pemain professional secara percuma di mana setiap yang berminat hanya perlu mendaftar dan 30 modul akan dapat ditonton oleh semua.

Kursus Asas Mobile Legends: Bang Bang merupakan panduan yang lengkap bagi setiap pemain baru ataupun sedia ada yang ingin memahami asas permainan tersebut dengan lebih mendalam.

Kursus ini akan diajar sendiri oleh para pemain Todak Mobile Legends yang bakal bertanding di Kejohanan Dunia M2 di Singapura pada Januari tahun hadapan.

 

Selain itu, setiap perincian di dalam permainan ini akan diterangkan secara teliti oleh setiap pemain yang mempunyai kelebihan dan kehebatan tersendiri.

Selain daripada itu, ini merupakan salah satu platform bagi setiap pemain Todak untuk berkongsi ilmu secara terus dengan komuniti Mobile Legends: Bang Bang.

“Kursus ini diberikan secara percuma kerana kami ingin menjemput lebih ramai lagi pemain-pemain di luar sana untuk bermain secara professional.

 

Hal ini kerana, dengan wujudnya lebih ramai pemain yang mungkin mempunyai bakat yang terpendam, arena E-sukan bagi Mobile Legends: Bang Bang secara khususnya akan menjadi lebih meriah”.

Berikut merupakan aspirasi yang telah disuarakan oleh Pengurus Perkembangan E-Sukan Todak, Radzi Rahman atau lebih dikenali sebagai Ikuto.

Untuk maklumat lanjut mengenai E-bengkel ini, anda bolehlah layari laman media sosial Todak:

Facebook: @todakofficial

Instagram: @todakofficial

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close