Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Tidak senang duduk penonton Malaysia !
Ke sana ke mari, menjerit tanda sokongan !
Mengeluh dan risau tatkala mata dikutip pihak lawan !
Panik sekejap ada sekejap tidak kepada pemain beregu Malaysia!
Namun jiwa yang kental dan fokus akhirnya menjelma dengan kilauan gangsa, tidak mengapa, kerana itu adalah pencapaian terbaik bagi atlit kita yang berjuang kerana negara !
Tahniah !
Skuad badminton memastikan mereka tidak pulang tangan kosong selepas beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul pingat gangsa dalam acara beregu lelaki di Sukan Olimpik 2002, malam tadi.
Gangsa yang menjadi pingat pertama buat kontinjen negara pada temasya kali ini diraih selepas mereka menumbangkan gandingan dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 pada penentuan pingat.
Ini menyaksikan beregu nombor sembilan dunia itu berjaya membalas dendam atas kekalahan 16-21, 19-21 di tangan lawan sama pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini.
Malah, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan adalah pasangan dari Indonesia yang kedua menjadi ‘mangsa’ beregu negara pada temasya kali ini selepas mereka menumbangkan Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon di suku akhir.
Malah, kejayaan menumbangkan Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon yang juga beregu nombor satu dunia sebelum ini juga boleh dianggap bagaikan ‘pingat emas’ untuk mereka.
Tiga pingat itu disumbangkan oleh Datuk Lee Chong Wei menerusi acara perseorangan lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran). – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE