GovernansPilihan Editor

Malaysia Di Landasan Tepat Capai Sasaran Ekonomi – Menteri JPM (Ekonomi)

Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun ini berikutan pembukaan semula sempadan negara minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, perkembangan terbaharu ini akan memberi kesan yang sangat positif kepada ekonomi, terutama sektor perkhidmatan.

Katanya, pembukaan sempadan amat dinantikan oleh seluruh rakyat dan komuniti perniagaan termasuk pengusaha industri kecil dan sederhana.

“Kita lebih yakin untuk mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 5.5 hingga 6.5 peratus,” katanya.

Menurut Mustapa, Johor bakal menerima impak ekonomi yang besar memandangkan aktiviti rentas sempadan darat Malaysia dan Singapura kembali rancak.

Pada awal bulan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik dan pembukaan semula sempadan mulai 1 April.

Sementara itu, Mustapa yang juga pengerusi bersama MHTC, menjangka pelancong kesihatan dari Indonesia akan mencapai jumlah yang sama direkodkan sebelum pandemik COVID-19 menjelang 2025.

Pada 2019, lebih 675,000 rakyat Indonesia mendapatkan rawatan perubatan di Malaysia dan hanya seramai 635 orang untuk tempoh 2020 hingga 2021.

Dengan pembukaan sempadan, beliau berharap kedatangan mereka akan beransur-ansur naik dan seterusnya meningkatkan kembali industri pelancongan kesihatan negara.

“Malaysia menjanjikan penjagaan kesihatan yang selamat untuk pelancong perubatan Indonesia,” katanya.

Empat wakil pelancongan negeri dan 10 hospital ahli MHTC mempamerkan tawaran penjagaan kesihatan yang terbaik antaranya dalam bidang kesuburan, kardiologi, onkologi dan Hepatitis C.

Mustapa diiringi Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia (Chargé d’affaires), Adlan Mohd Shaffieq; Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Mohd Daud Mohd Arif; Pengarah Pemasaran Indonesia MHTC, Farah Delah Suhaimi dan Pengarah Tourism Malaysia Jakarta, Junus Suhid. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close