Ekonomi Islam & GlobalMalaysiaPilihan Editor

Trump Ceria Sebaik Tiba Di KLIA Sepang, Santai Cuba Tarian Tradisional Ikut Rentak Kompang

Presiden Donald Trump kelihatan berada dalam mood ceria sebaik tiba di Malaysia apabila beliau dilihat cuba menari mengikut rentak kompang, alat muzik tradisional negara bersama penari-penari berpakaian tradisional berwarna-warni.

Terdahulu ketika keluar dari pesawat Air Force One yang mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi lawatan sulungnya ke Malaysia, Trump juga dilihat melambai sebelum disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin dilihat berbual mesra sambil berjalan melepasi barisan kawalan kehormat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebelum Anwar memperkenalkan beliau kepada beberapa ahli Kabinet Malaysia.

Ketika melintasi kumpulan penari mempersembahkan tarian tradisional sebagai tanda alu-aluan ketibaannya, Trump secara spontan menyertai mereka menari, mencetuskan sorakan dan kegembiraan dalam kalangan yang hadir.

Beliau kemudian mengangkat bendera AS di satu tangan serta Jalur Gemilang di tangan yang lain dan mengibarkannya sebagai simbol persahabatan dua negara.

Selepas itu, Trump dan Anwar menaiki The Beast, kereta rasmi Presiden AS yang sangat dilindungi, diiringi alunan muzik bagpipe menuju ke lokasi persidangan.

Presiden AS itu tiba di Malaysia untuk lawatan atas jemputan Anwar selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Lawatan pemimpin itu dari 26 hingga 27 Oktober serentak dengan Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-20.

Lawatan dibuat atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025. Ini lawatan pertama beliau ke Asia Tenggara sejak kembali memegang jawatan Presiden ke-47 AS pada Januari.

Sepanjang lawatannya, Trump dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri, hari ini.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close