Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Semoga kekal beristiqamah !
Semoga bersemangat !
Itu adalah kata-kata ucapan semangat yang diberikan oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Datuk Seri Najib Razak.
Kata-kata itu adalah sempena hari kelahiran mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 di dalam entri terbaharu Facebook rasmi Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.
“Selamat Menyambut Hari Kelahiran DS (Datuk Seri) Najib Razak.
“Semoga kekal beristiqamah. Bersemangat.
“Didoakan agar kebenaran akan memihak kepada DS (Najib Razak),” kata Ahmad Zahid secara ringkas tetapi penuh bermakna.
Persahabatan termasuklah hubungan kerja antara Ahmad Zahid dengan Najib telah agak lama terjalin kerana beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Najib semasa mantan Perdana Menteri ke-6 pada ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pertahanan (kesemuanya dari 1987-1993). – BACALAHMALAYSIA.MY