Kedai RuncitPilihan Editor

60 Peratus Daripada 60 Juta Minyak Masak Paket Diguna Peniaga Tak Layak Terima Subsidi’

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menafikan dakwaan kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi berpunca akibat aktiviti penyeludupan atau ketirisan.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh sebaliknya mendedahkan 60 peratus daripada 60 juta minyak masak paket itu digunakan peniaga mikro yang tidak tergolong sebagai penerima subsidi barangan itu.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas peniaga mikro setakat ini, selain menjelaskan pendekatan sedemikian perlu dibuat bagi mengelak peningkatan harga barangan lain di pasaran.

“Justeru, KPDN akan melaksanakan subsidi bersasar dengan ketetapan baharu iaitu golongan B40, sebahagian kumpulan M40 dan peniaga mikro dikategorikan sebagai penerima, membabitkan 5.8 juta isi rumah.

“Mungkin kita perlu menambah jumlah kuota ini (pada masa hadapan). Justeru, saya berharap akan ada wakil rakyat membangkitkan perkara ini dalam perbahasan Bajet 2024 nanti,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Fuziah juga menafikan dakwaan kekurangan bekalan barangan itu berpunca akibat aktiviti pembungkusan semula minyak masak paket kepada kemasan berbotol yang kemudian dijual pada harga lebih mahal di pasaran.

ni kerana, katanya, tiada rekod berkaitan tindakan sedemikian dikenal pasti menerusi sistem Skim Pentasbilan Harga Miyak Masak (eCOSS) yang memantau keseluruhan blok rantaian pembekalan minyak masak.

Beliau antara lain memaklumkan kesalahan berkaitan bekalan minyak masak setakat ini berjumlah 151 kes yang masih disiasat atau disita, membabitkan nilai RM1 juta.

“Kalau ada aduan membabitkan jenama tertentu, ia akan terlihat dalam eCOSS. Jika pemborong beli banyak tetapi (bekalan) tak sampai atau gagal membuktikan ia dibeli peruncit, di situ ada tanda berlaku penyelewengan.

“Sistem ini banyak membantu kita. Setiap pihak dalam rantaian perlu memaklumkan pergerakan bekalan minyak masak dan kalau tak sama, bermaksud ada sesuatu tak kena,” katanya menjawab celahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka).

Fuziah ketika menjawab celahan Datuk Larry Soon (PBM-Julau) berkata, masyarakat di pedalaman perlu mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa, jika mengenal pasti peniaga menjual barangan kawalan pada harga melebihi kadar ditetapkan.

“KPDN ada meminta peruntukan bagi program penyeragaman harga bagi memastikan harga barangan di pedalaman seragam dengan kawasan lain. Justeru, tiada alasan untuk peniaga menaikkan harga melebihi kadar ditetapkan.

“Kalau ia berlaku, saya nasihatkan wakil rakyat bantu menasihati dan mendidik pengguna supaya membuat aduan kepada KPDN supaya tindakan dapat diambil,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close