MalaysiaPilihan Editor

PM Lawat Pameran United For Palestine Di Parlimen

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin meluangkan masa melawat pameran Unite for Palestine, di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Dalam kunjungan itu, beliau sempat bertemu pegawai Wisma Putra dan Kedutaan Palestin di Malaysia yang sedang bertugas di ruang pameran itu.

Muhyiddin berkata, kempen anjuran Kementerian Luar Negeri yang turut disertai Kedutaan Besar Palestin di Kuala Lumpur itu amat baik dalam memberikan pendedahan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai isu Palestin termasuk peranan yang boleh dimainkan mereka dalam membela nasib rakyat Palestin, antaranya menyumbang kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diselia oleh Wisma Putra.

“Pameran itu juga menerangkan tentang langkah yang telah diambil kerajaan di peringkat antarabangsa dalam memperjuangkan isu Palestin.

“Malaysia akan terus konsisten membawa suara rakyat Palestin yang tertindas dan memperjuangkan nasib mereka di pentas dunia. Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sebagai tanda sokongan, Perdana Menteri turut mengenakan mafla yang tertera bendera Palestin ketika berada di dalam sidang Dewan Rakyat. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin
Sebagai tanda sokongan, Perdana Menteri turut mengenakan mafla yang tertera bendera Palestin ketika berada di dalam sidang Dewan Rakyat. – Foto Facebook Muhyiddin Yassin

Muhyiddin berkata, sebagai tanda sokongan, beliau saya turut mengenakan mafla yang tertera bendera Palestin ketika berada di dalam sidang Dewan Rakyat.

“Tahniah Wisma Putra,” katanya.

Kempen ‘Unite for Palestin’ itu diadakan di lobi Bangunan Parlimen hingga 6 Ogos ini.

Pembukaan kaunter itu sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Palestin serta meningkatkan kesedaran mengenai isu yang berlaku di negara itu kepada kalangan Ahli Parlimen. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close