GovernansPilihan Editor

URUS Dibuka Kepada Peminjam B50 Pada 15 November 2021 – Menteri Kewangan

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

“Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS)” ditawarkan kepada peminjam B50 yang terjejas, iaitu kumpulan peminjam dengan pendapatan isi rumah kurang dari RM5,880 atau lebih rendah,’ kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Diterajui institusi perbankan, URUS adalah program bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif dan dirangka oleh sektor perbankan bersama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Tengku Zafrul berkata, manfaat URUS merangkumi pengecualian faedah untuk tiga (3) bulan, pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan dan pengurangan kadar faedah.

“Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa jaminan juga boleh mendapat manfaat daripada kadar faedah yang dikurangkan untuk membantu meringankan beban kewangan mereka.

“Secara keseluruhan, bank-bank dianggarkan memperuntukkan sebanyak RM1.0 bilion bagi membiayai kos program ini,” katanya dalam satu kenyataan.

URUS akan dikelolakan oleh AKPK yang juga akan memberi bantuan pelan kewangan peribadi serta akses kepada pakej pendidikan pengurusan kewangan kepada peminjam.

Permohonon untuk program ini akan dibuka dari 15 November 2021 sehingga 31 Januari 2022

URUS akan membantu peminjam secara komprehensif, memastikan mereka yang memerlukan mendapat sokongan Kerajaan konsisten dengan semangat Keluarga Malaysia.

“URUS akan melengkapkan inisiatif-inisiatif lain oleh Kerajaan dalam membantu golongan yang paling terjejas sejajar dengan pembukaan ekonomi, pemulihan negara dan langkah-langkah yang mengurangkan kesan jangka panjang yang berkekalan kepada ekonomi kita.

“Peminjam yang tidak layak mendapatkan bantuan di bawah program URUS tetapi masih memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman boleh terus menghubungi bank masing-masing untuk berbincang tentang pilihan bayaran balik pinjaman yang sesuai dengan keadaan kewangan mereka,” menurut Tengku Zafrul.

Kata Menteri Kewangan lagi, kerajaan juga sedang mengkaji kaedah-kaedah lain untuk membantu golongan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang akan diumumkan dalam Bajet 2022.

Untuk membantu aliran tunai segmen PKS yang terjejas, BNM telah menperuntukkan lebih dari RM7.0 bilion melalui fasiliti pembiayaan, yang disalurkan melalui bank-bank komersial sebagai pinjaman untuk modal kerja, perbelanjaan modal (capital expenditure) dan membiayai semula pinjaman.

Bagi memudahkan lagi pinjaman dari bank-bank, Kerajaan melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan telah memperuntukkan jaminan tambahan sebanyak RM20 bilion di bawah pakej bantuan PEMULIH untuk menjamin 80% pinjaman yang diambil oleh pihak PKS.

Di bawah pakej bantuan PEMULIH dan PEMERKASA, terdapat juga inisiatif seperti geran dan pinjaman dengan kadar faedah rendah untuk perusahaan mikro yang terjejas akibat COVID-19. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close