Kedai RuncitPilihan Editor

Wak Doyok “Flag Off” Lebih 20 Mercedes-Benz Dari DTC Motors, Pengedar Kenderaan Import Mewah Baharu & Terpakai

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok teruja “Flag Off” bersama pengurusan DTC Motors Sdn  Bhd (DTC Motors) pengedar kenderaan import mewah baharu dan terpakai milik Bumiputera sepenuhnya di majlis pelepasan konvoi kelab kereta Mercedes-Benz SL keluaran 1990 hingga 1995 di Kuala Lumpur, baharu-baharu ini (11 Julai 2020).

Mana tidaknya, lokasi yang lebih luas dan kawasan tempat letak kenderaan yang selesa di Jalan Ampang Hilir, Off Jalan Ampang itu sangat bertepatan dengan sebarang aktiviti yang berbentuk permotoran, santai bersama keluarga bagi tujuan aktiviti amal mahu pun kesukarelawanan.

Perkara ini dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DTC Motors, Afendy Wahid yamg memaklumkan syarikatnya itu yang baharu berpindah ke lokasi ini enam bulan lalu, memiliki ruang yang lebih luas dan kawasan tempat letak kereta yang selesa.

“Kami (DTC Motors) menawarkan ruang dan tapak pameran syarikat ini kepada mana-mana pihak yang mahu menganjurkan aktiviti sama ada berbentuk permotoran atau bukan permotoran.

“Di sini sesiapa pun boleh menganjurkan apa jua jenis aktiviti seperti majlis pelancaran produk, majlis amal mahupun pelepasan konvoi kereta atau motosikal berkuasa tinggi,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelepasan konvoi kelab kereta Mercedes-Benz SL keluaran 1990 hingga 1995 di Kuala Lumpur.

DTC Motors bertindak sebagai penaja lokasi dan rakan penganjur kepada aktiviti amal yang julung-julung kali diadakan bagi menghargai petugas barisan hadapan negara.

Pada majlis itu menyaksikan lebih 20 buah kereta Mercedes-Benz yang dipandu pemilik sendiri bergerak dari DTC Motors di Jalan Ampang Hilir menyusuri beberapa lokasi tumpuan pelancong antaranya KLCC, Bukit Bintang, Menara Kuala Lumpur, Istana Negara dan Dataran Merdeka sebelum berakhir di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Kehadiran konvoi itu membawa satu matlamat yang cukup murni iaitu bagi mengumpul dana untuk petugas barisan hadapan, kakitangan perubatan dan sukarelawan, yang berkorban dalam memastikan kesejahteraan rakyat ketika berdepan wabak pandemik COVID-19.

Hasil daripada dana yang dikutip itu akan diserahkan kepada Tabung COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sementara itu, Wan Doyok yang juga seorang pengacara menyifatkan aktiviti amal sebegini perlu dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia apatah lagi negara ini berdepan dengan ancaman Covid-19.

“Kita jaga kita adalah sangat bertepatan dengan apa yang kita anjurkan seperti mana pada hari ini.

“Sekurang-kurangnya frontliner kita tahu bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang ingin membantu berdepan dengan Covid-19 termasuklah memberi sebarang sokongan dan motivasi kepada barisan depan kita,” kata ringkas dari Wak Doyok. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close