MalaysiaPilihan Editor

RAKYAT SABAH MEMILIH: 4 Keputusan Besar Diambil Selaras Kuasa Autonomi UMNO & BN Sabah – Kata Pengerusi BN

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Empat perkara besar telah diambil selari dengan pelaksanaan kuasa autonomi UMNO Sabah yang disahkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2019 dan Barisan Nasional (BN) Sabah yang telah diberikan kuasa autonomi oleh Dewan Tertinggi BN dalam sidang yang diadakan baharu-baharu ini.

Keputusan berkenaan adalah:

1. Datuk Seri Bung Moktar Radin, selaku Pengerusi BN Sabah dan Pengerusi UMNO Sabah untuk mengetuai jentera BN Sabah dan UMNO Sabah bagi menghadapi PRN Sabah.

2. Mengadakan rundingan untuk pembahagian kerusi bersama-sama dengan parti-parti politik di Sabah.

3. Penentuan calon-calon bagi semua kerusi di 73 Dewan Undangan Negeri Sabah, setelah rundingan dimuktamadkan.

4. Memilih seorang Ketua Menteri dalam kalangan ADUN apabila mendapat kemenangan dengan majoriti mencukupi bagi pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu.

Ketika mengumumkan perkara itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, menjelang PRN negeri, seluruh jentera BN Sabah dan UMNO Sabah telah diarahkan untuk bersiap-siaga bagi menghadapi PRN berkenaan.

Justeru untuk merealisasikannya, beliau yang juga Presiden UMNO menyerahkan kepada seluruh jajaran kepimpinan BN Sabah dan UMNO Sabah menggunakan seluruh kebijaksanaan dan strategi untuk menterjemahkan kuasa autonomi yang telah diberikan.

Demi menghormati kuasa autonomi yang diberikan, Ahmad Zahid mengulangi lagi bahawa kepercayaan bagi pelaksanaan empat perkara keputusan itu kepada BN Sabah dan UMNO Sabah agar menggunakan sepenuh kebijaksanaan, rundingan dan kompromi bagi merealisasikannya.

 

Share

https://youtu.be/KTiiA2E8RXU

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close