GovernansMalaysiaPilihan Editor

Yayasan Sabah Menerusi Kristal Handal Komited Bantu IKS Sabah Menerokai Pasaran Antarabangsa

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my di Paris, Perancis.

Yayasan Sabah (YS) menerusi anak syarikat, Kristal Handal Sdn Bhd (KH) komited membantu golongan usahawan kecil dan sederhana (IKS) Sabah menerokai pasaran antarabangsa, kata Setiausaha Korporatnya, Hanafiah Diman.

Menurutnya, KH telah menubuhkan Pusat Sehenti Usahawan Global (GLOPEC) pada 2021 untuk memastikan dana yang diperolehi daripada Peneraju Agenda Bumiputer (TERAJU) dimanfaatkan sepenuhnya terutama dalam memperhebatkan pemasaran barang-barang IKS Sabah.

Ini termasuk mengambil bahagian dalam pameran inovasi dan makanan antarabangsa seperti Salon International de l’Alimentation (SIAL) PARIS 2020 selain membantu usahawan IKS Sabah dalam penyediaan pelbagai lesen dan persijilan untuk eksport.

“Umpamanya pameran inovasi makanan terbesar di dunia yang diadakan di Paris bermula 15 Oktober menjanjikan potensi terbaik untuk barang makanan dan minuman halal Sabah ke pasaran dunia,” katanya.

Hanafiah (kiri) mengadakan perbincangan dengan Abdullah mengenai pelbagai program YS membantu IKS Sabah

Hanafiah berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Minister Counsellor,  Abdullah Maamor Ibrahim di pejabat kedutaan di sini.

Turut bersama ialah Pengarah KHSB, Zaiton Bakri dan Pengarah GLOPEC, Azmi Aziz.

Katanya, sektor barangan kraftangan Sabah boleh menembusi pasaran Eropah jika usaha berterusan memperkembangkannya menerusi jaringan pengimport dan pembeli runcit di sana.

Penyertaan dalam SIAL di Paris adalah inisiatif promosi perdagangan kedua selepas misi perdagangan dan promosi ‘Taste of Sabah’ di London pada Mei lalu.

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close