MalaysiaPilihan Editor

Abdul Ghani Dilantik Pengerusi SPR

Bekas Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, hari ini dilantik sebagai Pengerusi baharu suruhanjaya itu.

Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, melalui satu kenyataan selepas pelantikan berkenaan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Mohd Zuki berkata, Al-Sultan Abdullah turut memperkenan pelantikan bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus, sebagai ahli SPR.

Beliaua berkata, kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa bermula hari ini sehingga kedua-duanya mencapai usia 66 tahun.

Abdul Ghani, 62, adalah anak kelahiran Kuala Kurau, Perak dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan dan Pemasaran daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sementara Nik Ali, yang juga berusia 62 tahun, anak kelahiran Kelantan memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana dari University of Hull, United Kingdom. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close